Latar Belakang


  • The New IPG dan Pelan Strategik 2011-2015 telah mensasarkan 33% pensyarah IPGM memiliki ijazah kedoktoran menjelang 2020 dan 100% pensyarah memiliki ijazah sarjana menjelang 2018.

  • Bagi mencapai sasaran yang ditetapkan tersebut, Mesyuarat Lembaga Biasiswa Bilangan 2/2010 bertarikh 1 Disember 2010 bersetuju dengan Pelaksanaan Program Khas Pensarjanaan Pensyarah IPG mulai 2011 hingga 2020.

  • Selain itu, Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM Bil.8/2012 bertarikh 19 Julai 2012 juga telah meluluskan Cadangan Pelaksanaan Program Sokongan Pensarjanaan Pensyarah (PROSPEN) IPGM.

  • Pelaksanaan PROSPEN diharapkan dapat membantu pensyarah IPGM khususnya yang sedang belajar secara sambilan atau yang akan belajar agar dapat menamatkan pengajian dengan jayanya.

  • Di samping itu, PROSPEN juga menyediakan landasan kepada semua pensyarah yang memiliki PhD untuk menyumbangkan kepakaran dalam dimensi perkhidmatan dan penglibatan (service and engagement) serta menyemarakkan budaya Professional Learning Community (PLC) di IPGM.
Back to Top